Monday, May 25, 2015
hadis 15/16/17
hadis 15
وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ : فَالْجَرَادُ وَالْحُوتُ وَأَمَّا الدَّمَانِ : فَالطِّحَالُ وَالْكَبِدُ أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ وَفِيهِ ضَعْفٌ
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:35]
Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah belalang dan ikan, manakala dua jenis darah iaitu limpa dan hati."
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, dan di dalam sanadnya ada kelemahan.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:36]
Nilaian Darjat hadis:
Hadis ini Sohih Mauquf.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:39]
Zahir hadis ini hukumnya mauquf tapi sebenarnya hukumnya jadi marfu' sebab qaul Sahabat menyebut "di halalkan buat kami" maka maknanya Nabi SAW menyatakan halal buat kami. oleh itu hadis ini tetap di hukum marfu'. Dan seolah hadis ini bukan hukum mauquf bahkan hukum marfu' walaupun pada asalnya ia Sohih Mauquf. sebab ini juga lah sebagian ulama menDhaif-kan hadis ini kerana tidak marfu'. Tapi ia Sohih jika Mauquf. Dan jatuh hukum Marfu'.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:44]
Sedikit penjelasan Istilah hadis;
Hukum sandaran pada matan hadis ada 3,
1-marfu' مرفوع : hadis yang terhenti hingga Nabi.
2-mauquf موقوف : hadis yg terhenti setakat Sahabat.
3-maqthu' مقطوع : hadis yg terhenti setakat tabi'in.
*sahabat: orang yang pernah berjumpa dan beriman dengan Nabi.
*tabi'in: orang yang pernah berjumpa dengan sahabat dan ketika itu dia beriman kepada Allah dan RasulNya.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:46]
Perhatian,
Istilah di atas hanya permasalahan pada hukum sandaran pada siapa matan hadis itu. Dan bukannya hukum pada sanad hadis. Tujuan perbahasan istilah ini bagi mengenali matan hadis itu sandaran hukumnya pada siapa.. lalu bila jelas hukum itu maka dapat dibahaskan permasalahan hukum hadis,samada memang betul hukum sandaran dari Nabi atau Sahabat atau Tabi'in dan kebawah. Jadi dapat dibezakan antara pendapat ijtihad atau nas hukum dari Nabi sendiri.
Dan dalam bab ijtihad Sahabat banyak memberi kesan kepada pendapat hukum di kalangan ulama'. Lebih2 jika berlaku khilaf dalam ijtihad.
Kesimpulannya, Perhatikan baik2 masalah ini. belajar hadis akan jumpa banyak masalah serupa ini.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:49]
Penerangan Lafaz Hadist.
1- Lafaz مَيْتَتَانِ bermakna dua jenis bangkai. iaitu maksudnya binatang yang mati bukan kerana di sembelih secara syariat.
Sembelih syariat:
binatang halal,sembelih urat darah dan urat makan minun,guna alat pemotong tajam(selain kuku dan tulang) dan baca bismillah.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:51]
2- Lafaz َالْحُوتُ bermaksud segala jenis ikan dalam air,kecik atau besar dan merangkumi segala binatang yg hidup di dalam air. samada sungai,laut,tasik,paya dll.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:53]
Penerangan Hukum Hadis.
1- Asal hukum mesti sembelih setiap binatang yang halal di makan. Jika tak maka jadi bangkai,ini sesuai dengan ayat alquran di bawah :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
almaedah 3.
Manakala hadis ini pula memberi pengecualian bangkai belalang dan ikan.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:56]
2-Asal hukum di haram makan darah yang memancut mengalir keluar,seperti dalil di bawah:
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
al an'am 145.
Manakala hadist ini memberi perkhususan dua jenis darah iaitu limpa dan hati.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:57]
3- Tujuan di nukil hadist ini untuk menerangkan tentang suci bangkai belalang dan ikan dan suci darah dari limpa dan hati. bila dihalalkan makan maka dengan sendiri ia adalah suci bersih. oleh itu jika ia masuk ke dalam air maka air tu tidak jadi air bernajis.
wallahu a'lam.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 21:57]
boleh tanya soalan di buka 10minit.
Kamal Iqlaas, [12.05.15 21:58]
Ustaz, soalan saya, yang dikatakan makruh untuk makan organ dalaman seperti paru, hati, dsb, adakah dari sandaran hadis ini?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:00]
[In reply to Kamal Iqlaas]
halal..sesuai dgn hadis ini..
Ummu Yaser, [12.05.15 22:02]
Boleh kah makan ikan Buntal , ikan jerung?
Ummu Yaser, [12.05.15 22:02]
Adakah halal?
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:02]
[Forwarded from Mohd Hasran Benjamin]
Assalamualaikum.. Ustaz sya pernah terdengar ada sesetangah org y bermazhab selain syafie tidak memakan makanan laut y lain selain ikan.. Kerana tiada d nyatakan d dalam hadis tersebut d boleh kn memakan makanan laut selaian ikan..?? Mohon pencerahan ustaz..?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:03]
[In reply to Ummu Yaser]
boleh..yg tak boleh makan hanya jika memudaratkan seperti racun.
Salina Ismail, [12.05.15 22:04]
Ustaz ...bagaimana pula pendapat yg mengatakan tak boleh campur antara makanan yg didarat dan dilaut....contoh ikan tak sesuai dimakan bersama ayam?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:04]
[In reply to Al-Bakri Harith]
waalaikumussalam..
ada,seperti mazhab hanafie.. kerana bagi meraka selain ikan di anggap macam ulat,serangga dll.. tapi zahir hadis halal..
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:05]
[In reply to Salina Ismail]
tiada dalil melarang.. mungkin saja tu pendapat org2 dahulu kala..
jadinya,halal di makan..macam tomyam campur ke..gulai buh belacan ke.. halalan toyyiba.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:06]
[Forwarded from Mohd Hasran Benjamin]
Bagaimana pula kedaan nya dgn ikan y sudah sedia kala mati terapung..? Adalah halal utk dimakan..?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:07]
[In reply to Al-Bakri Harith]
halal..dalil hadis ini.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:08]
[Forwarded from Hisyam Sabrani]
Makanan laut selain ikan yang halal di makan, contoh ketam & udang, adakah bersandarkan kepada hadith ini juga atau ada hadith lain?
Azizulfitri, [12.05.15 22:08]
Minta penjelasan Ustaz berkenaan hukum memakan ikan yang memakan najis mughallazah
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:08]
[In reply to Al-Bakri Harith]
hadis ini dan hadis terdahulu dlm bab miyah ini.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:09]
[Forwarded from Mohd Faezuddin Ahmad]
Ustaz bgaimana pendapat halal mkanan walaupon terdapat dna babi kerana tlah berubah sifat asalnya?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:09]
[In reply to Azizulfitri]
boleh..asal di kuarintin beberapa hari dgn memakan yg suci.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:10]
[In reply to Al-Bakri Harith]
dna ni kerja doktor yg pandai babnya..sy hanya kadar ni je..zohirnya ia ikan maka ikan lah bukan babi.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:11]
[Forwarded from PangiranNaza]
Dari Ibnu Abbas berkata; “Nabi ﷺ minum susu, lalu beliau minta diambilkan air seraya berkumur dengan air tersebut, setelah itu beliau bersabda: “Sesungguhnya pada susu itu ada lemaknya.”
Syaikh Abu Abdillah Al-Maqdisi menyebutkan bahwasannya disunnahkan berkumur sesudah minum susu. Ini dinyatakan di dalam kitab Ar-Ri’ayah. Karena Nabi ﷺ pernah berkumur dengan air sesudah minum susu. Beliau pernah bersabda, “Susu itu mengandung lemak.” Dan beliau pernah meminum susu yang dicampur dengan air. Keterangan ini tercantum di dalam kitabShahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:11]
[Forwarded from PangiranNaza]
Apa status hadis ini??
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:12]
[In reply to Al-Bakri Harith]
yg ni tanya lain kali...
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:12]
habis situ..
hadist 16
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ شِفَاءً أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ وَأَبُو دَاوُد . وَزَادَ وَإِنَّهُ يَتَّقِي بِجَنَاحِهِ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:15]
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab ada salah satu sayapnya ada penyakit/racun dan pada sayap lainnya ada penawar/ubat."
Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: "Dan hendaknya ia waspada dengan sayap yang ada penyakit"
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:15]
Darjat hadis Abu Daud juga Sohih.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:16]
Penerangan hadist.
1-ini dalil lalat tidak menajiskan air yang sedikit. walaupun ia di anggap jijik oleh manusia.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:17]
2-ini dalil lalat tidak boleh di makan. kerana Nabi perintahkan supaya di buang.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:19]
3- fitrah manusia memang tak suka kepada kotoran. lebih2 lagi lalat. kerja lalat suka hinggap kotoran dan najis. dan jenis lalat ni pula susah untuk di halang. jadi dengan kepayahan yg banyak yg sukar di hindar maka di beri rukhsoh kelonggaran pasal lalat.. tentu saja payah nak halang lalat yg hinggap di najis kemudian main2 atas pakaian kita,hidung kita atau tubuh kita. walaupun kita nampak ia hinggap di tahi sekali pun tetap di hukum ada rukhsah iaitu tidak jadi najis jika terkena kita.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:20]
4- hukum tidak najisnya lalat boleh di kias hukumnya dengan segala jenis serangga dan binatang kecil. iaitu ia tidak menajiskan atau merosakkan air suci.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:21]
5- hadis ini juga ajar cara mengelak keracunan kerana lalat. Jadi perlu di celup/rendam lalat tu ke dalam air kemudian baru buang. Kaedah ini di luar logik akal manusia. kewajipan kita hanya beriman dengan apa saja berita wahyu yang sohih. Dan ini berupa mukjizat sepanjang zaman.
kalau serangga selain lalat,zahirnya bukan di celup. hanya di buang saja.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:22]
6- Hadist ini juga dalil boleh bunuh serangga jika serangga itu boleh membahayakan manusia.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:22]
wallahu a'lam
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:22]
boleh tanya 10minit.
Najmi, [12.05.15 22:24]
ustaz, berdosakah bunuh serangga dalam rumah seperti semut, lipas dan lain2 yang tidak bahaya?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:25]
[In reply to Najmi]
yg dlm rumah biasanya bahaya macam semut tu boleh masuk telinga anak atau kita..manakala lipas memang bahaya,nyamuk bahaya..
Ghafar 2669/06, [12.05.15 22:25]
Kelkatu halal/ haram?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:26]
[In reply to Ghafar 2669/06]
apa tu?
Ghafar 2669/06, [12.05.15 22:26]
Anai2 yg terbang ustaz
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:26]
oh.. haram tu..
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:27]
[In reply to Ghafar 2669/06]
termasuk jenis serangga..semua haram di makan melainkan belalang..
Ghafar 2669/06, [12.05.15 22:28]
apa maksud binatang 2 alam ustaz?...contohnya?
Kamal Iqlaas, [12.05.15 22:28]
Kura kura.
Ahmad Kamil, [12.05.15 22:28]
ustaz, ulat pula bagaimana?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:29]
[In reply to Ahmad Kamil]
sama saja.. paling tidak pun ia termasuk binatang khabis(buruk)
Ghafar 2669/06, [12.05.15 22:29]
di tmpt kami ade sejenis kumbang slalunya di sawah padi , halalke?
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:29]
[Forwarded from Mohd Hasran Benjamin]
Ustaz.. Bagaimana dgn cengkerik.. Ada y mengketegorikn cengkerik adalah spisis belalang..??
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:29]
[In reply to Al-Bakri Harith]
belalang sahaja..nama pun lain.
Najmi, [12.05.15 22:30]
bagaiamana orang kata ketam batu yang dua alam ustaz? ada yang kata halal, ada yang kata haram makan?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:30]
[In reply to Ghafar 2669/06]
serangga haram di makan
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:31]
ni kita bincang bab air je ni..bukan halal haram.. 😊
hadist 17
وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:34]
Dari Abu Waqid Al-Laitsi Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Anggota yang terputus dari binatang yang masih hidup adalah termasuk bangkai."
Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan beliau menyatakannya hasan. Lafaz hadis ini riwayatnya.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:35]
Darjat hadis Abu Daud dan AtTirmidzi : Hadist Sohih.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:37]
Penjelasan hadis:
1- Daging binatang yang di potong masa hidup termasuk bangkai. iaitu di haram makan daging itu. walaupun asalnya binatang itu halal di makan dan di sembelih secara syarie.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:42]
2- Ikan jika di potong hidup2 dagingnya halal di makan. ini kerana sebarang bangkai ikan halal di makan. Ikan terkecuali dalam hadis ini.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:43]
3- begitu juga dengan ketuat rusa yang di potong untuk di buat minyak misk/kasturi pun halal lagi suci di guna. Ini sesuai dengan berita2 dalam alquran dan hadis menyebut kelebihan kasturi dan Nabi juga memakai bauan kasturi. Jadi kasturi terkecuali dari hukum hadist di atas.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:44]
4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas di hukum najis. manakala daging ikan yg di potong hidup2 dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:46]
5- daging halal yang di sembelih syarie tidak najis. hanya perlu bersihkan darah yang memancar tu dulu.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:46]
wallahu a'lam
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:47]
soalan boleh tanya..
Ghafar 2669/06, [12.05.15 22:47]
kesturi dr anggota rusa yg mana ustaz?
Ahmad Kamil, [12.05.15 22:48]
ustaz, daging ikan yg dipotong darahnya bercampur dgn air, adakah masih suci?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:48]
[In reply to Ghafar 2669/06]
yang sy tahu ketuat atau daging lebihnya yang ada kat perut atay tubuhnya..pernah tengok yg dah potong..tapi tak pernah ambil sendiri.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:48]
[In reply to Ahmad Kamil]
najis yg di maafkan
Abu Raimi, [12.05.15 22:49]
anggota yg terputus dari binatang masih hidup ni tidak termasuk bulu kan usyaz?
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:49]
[Forwarded from Hisyam Sabrani]
Pengecualian dari hadith ni hanya ikan & belakang, berdasarkan hadith sebelumnya, dan kasturi kijang.
Ada pengecualian lain kah Ust?
Azizulfitri, [12.05.15 22:50]
Saya kurang jelas dengan istilah واللفظ له
Azizulfitri, [12.05.15 22:50]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:51]
[In reply to Abu Raimi]
bulu tak.. masa hidup dan masa mati..
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:52]
[In reply to Azizulfitri]
lafaz tu adalah lafaz riwayat attirmidzi..tapi saya lihat dalam abu daud lafaz pun sama saja dgn lafaz di atas.. zahirnya tuan kitab tuju lafaz tu lafaz attirmidzi bukan abu daud.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:52]
[In reply to Al-Bakri Harith]
ikan yg di potong hidup2
Azizulfitri, [12.05.15 22:54]
Air yang bercampur dengan kasturi boleh digunakan untuk bersuci. Mohon penjelasan.
Azizulfitri, [12.05.15 22:54]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas di hukum najis. manakala daging ikan yg di potong hidup2 dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:54]
[Forwarded from Mohd Faezuddin Ahmad]
Tanduk dan gading?
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:54]
[In reply to Al-Bakri Harith]
dan ada juga yg lain seperti binatang buruan yg di panah lalu terpotong anggota tertentu.
itu saja yg ana tahu..
wallahu a'lam
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:56]
[Forwarded from Mohd Faezuddin Ahmad]
Tanduk dan gading?
Al-Bakri Harith, [12.05.15 22:56]
[Forwarded from Mohd Faezuddin Ahmad]
Dipotong smasa masih hidup adakah najis
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:56]
[In reply to Al-Bakri Harith]
cerita hadis ni asalnya benda yg di makan shj bukan tanduk atau gading..cerita di kalangan arab jahiliyah dulu suka potong bonggol unta atau ekor binatang utk di makan...
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 22:56]
[In reply to Al-Bakri Harith]
sudah jawab di atas.. ya najis.
Abu Tolhah Solahuddin, [12.05.15 23:00]
kelas habis di sini. bab baru selepas ni panjang juga..tak sempat dengan masa. jika ada soalan lain boleh kemukakan..tapi yg dlm tajuk hadis yg telah belajar sahaja..elakkan tanya soalan di luar tajuk hadis kitab bulughul maram. asalkan berkaitan,ok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment